Monday, March 24, 2014

Meskipun samudraku dan angkasa mu

Bagai ikan dan burung yang saling mencintai

  ku hanya bisa menatap dari bawah air

Melihatmu terbang bebas

Dalam birunya angkasa

Kau pun hanya bisa

Menerawang dari angkasa

Melihatq berenang dalam birunya samudra

Mustahil bagiku tuk terbang 

Bebas di angkasa mu

Mustahil pula bagi mu tuk

Berenang dalam samudraku

Sama sama berwarna biru

Tapi Samudra mu bukanlah Angkasaku

loceng-loceng kehidupan.

Setiap kali aku letih melangkah, aku berhenti sejenak untuk sekadar

mencium harummu. Kusandarkan tubuh ini dan kuselimuti diriku dengan

senandung merdu. Senandung yang juga dinyanyikan oleh sungai dan

hutan. Saat jiwaku lapar, kusinggahi rumah di setiap jalan yang ku

lalui. Kuketuk rumah-rumah mereka dengan loceng-loceng kehidupan. Aku

hendak menyemaikan benih bunga jiwa yang akan membawa impianku sampai

ke langit dan kuyakini langit akan memberikan apa yang dinamakan

cinta. Tetapi yang kudapati rumah-rumah itu telah terisi sepasang
jiwa
yang sejatinya-ingin kucari. Aku tak ingin memadamkan lentera hati

yang ada dalam sangkar sepasang merpati putih kerana kutahu
kecantikan
akan bersinar lebih terang dalam hati orang yang merindukannya

berbanding mata yang melihatnya.

Saturday, March 22, 2014

Nabi s.a.w membebaskan Wahsyi


Kisah dulu-dulu yang mungkin boleh jadi pengajaran. Semasa kami sedang beriktikaf di sebuah masjid di Batley, West Yorkshire, UK ada seorang lelaki yang mundar-mandir di depan gate masjid, melihat-lihat apakah yang sedang dilakukan oleh pelajar-pelajar Malaysia dan beberapa negara lagi di dalam. Lalu rakan saya tanpa memikirkan siapa diri lelaki itu terus menjemputnya masuk.

Bagaimanapun, beliau enggan masuk kerana menganggap dirinya kotor, beliau tanpa segan silu mengatakan dia seorang kaki botol, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Tidak sesuai untuknya kerana ini tempat ibadat.

Rakan saya masih tidak berputus asa, lalu berkata (saya dah translate dalam BM), "Kalau tak nak masuk masjid, jom kita gi dapur je kat belakang, boleh tengok apa-apa yang awak nak lihat lagi," Lelaki itu bersetuju lalu kedua-duanya ke dapur masjid di bahagian belakang. Sebenarnya takde la dapur sangat pun, hanya ada kabinet pinggan dan cawan dan serba sikit perkakas untuk memasak bagi kegunaan majlis-majlis keraian jemaah masjid tersebut.

Apabila sampai di bahagian dapur, kami menjemputnya masuk ke dalam masjid dari bahagian belakang dan akhirnya beliau bersetuju.

Ketika itu, dalam masjid ada majlis ilmu tentang kisah Nabi s.a.w menawan semula Kota Mekah dan bertemu dengan musuh-musuhnya yang telah membunuh para sahabat r.hum yang kini telah menjadi tawanan perang tentera Islam.

Ini termasuklah Wahsyi, seorang hamba kulit hitam milik Hindun binti Utbah yang telah menyuruhnya membunuh bapa saudara Baginda s.a.w iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib.

Ada 3 soalan Wahsyi bertanya kepada Rasulullah s.a.w, tapi saya tak ingat yang 2 tu, ada 1 soalan Wahsyi bertanya kepada baginda, "Apakah yang engkau akan berikan padaku?"

Lalu turunlah firman Allah kepada Nabi s.a.w,

"Katakanlah (wahai Muhammad), wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Az-Zumar 39:53

Lantas Nabi s.a.w membebaskan Wahsyi tanpa sebarang syarat. Selepas peristiwa itu, Wahsyi r.a telah mengucap kalimah syahadah dan menjadi salah seorang sahabat Nabi s.a.w sehingga Allah redha akan beliau, radhiaAllah anhu (r.a)

Dipendekkan cerita, lelaki yang datang tadi telah mendengar kisah ini, melihat betapa pengasih dan rahimnya Allah dan mulianya akhlak Rasulullah s.a.w sehingga orang yang membunuh saudaranya sendiri pun dibebaskan begitu sahaja dan alhamdulillah akhirnya, beliau juga telah mengucap kalimah syahadah.

Moral of the story, walau camanapun berdosanya kita, jangan berhenti memohon rahmat dan keampunan dari Allah, ajaklah manusia kepada masjid, hidayah di tangan Allah.

Hanya Allah Maha Mengetahui.