MEMPERBUDAYAKAN AL-QUR'AN DAN AL SUNNAH UNTUK KEHIDUPAN KITA
Apabila kita berbincang tentang al-Qur`an dan al-Sunnah kita berbicara sesuatu yang amat bernilai tinggi dalam Islam. Al-Qur`an kitab wahyu daripada Allah. Sementara al-Sunnah adalah praktis segala isi al-Qur`an justeru itu nabi disifatkan ”al-Qur`an yang bergerak hidup di bumi”.
Al-Qur`an bukan kitab ilmu, atau kitab sains tetapi ia kitab hidayah yang boleh memandu dan membimbing manusia mengenali erti kehidupan dan kematian. Ia memberitahu manusia tentang asal usul diri mereka dan ke mana akhirnya mereka. Apa tujuan hidup mereka di sini, di bumi Tuhan ini. Orientalis Barat banyak mengkritik al-Qur`an yag kata mereka, ayat-ayatnya tidak teratur, bab-babnya kucarkacir, justeru mereka menuduh Al-Qur`an ciptaan Muhammad. Mereka degil utuk menerima ia sebagai kitab wahyu. Mereka menuduh al-Qur`an diciplak dari kitab taurat dan injil.
Bagi manusia, al-Qur`an secara terang menyatakan manusia itu makhluk yang paling mulia. Alam dijadikan bagi kemudahan manusia menggunakannya. Manusia lah penghulu di alam. Semua makhluk lain tunduk kepada manusia menurut hukum sebab dan akibat. Lalu manusia dijadikan khalifah di muka bumi ini.
Akal manusia juga dimuliakan. Justeru akal lah maka mausia dibebankan dengan tanggung jawab besar ini. Dengan adanya akal maka diberikan ilmu kepada mereka, bukan sahaja ilmu untuk mati, tetapi al-Qur`an memberikan ilmu untuk hidup dan bagaimana mengendalikan satu kehidupa yang terhormat.
Untuk itu isi kandungan al-Qur`an bersifat universal, konfrehensif, ia memberikan prinsip-prinsip asas. Tafsiran terperincinya ada pada sirah Rasulullah dan sunnahnya. Al-Qur`an menuntut manusia juga menjaga rohaninya. Memelihara emosi dan perasaan agar sentiasa betul. Dengan akal dan rohai yang stabil, emosi da pemikiran yang baik, hidup manusia menjadi berkualiti ditambah dengan fizikal yang baik.
Barangsiapa membaca secara tekun dan faham, menghayati dan mengerti al-Qur`an akan membawa keamanan dan keselamatan bagi dirinya, masyarakatnya dan kehidupan sekitarnya. Justeru ia memberi pengajaran yang menyentuh semua aspek kehidupan; vertikal dan horizontel. Ia menjelaska prinsip hidup daripada mula lahir hingga mati; dari urusan pendidikan, sosial hingga bagaimana menjaga agama, akal, diri, keturunan, harta, maruah dan sebagainy.
Al-Qur`an mengajar kehidupa bertauhid, memberikan kepada manusia skema syariah dan akhlak. Aakhirnya manusia mencapai tahap ihsan mengasihi semua manusia dan makhluk menuju jalan kehidupan yang sejahtera.
Justeru membudayakan al-Qur`an tidak hanya cukup dengan membaca sahaja, ia mesti difahami dan dihayati isi kandungannya, mengamal akan segala suruhan dan larangannya. Ertinya, bagaimana al-Qur`an bukan lagi menjadi prinsip tetapi satu set prinsip yang benar-benar direalisasikan.
Praktisnya pula sudah ada contoh tauladan dalam sunnah Rasulullah S.A.W. Ada sunnah dan hadith yang soheh dan hasan. Mana-maa yang daif diketepikan. Mana yang mauduk yakni yag palsu jangan digunakan.
Sementara ajaran yang begitu banyak perlu ada kefahaman bagai memberikan keutamaan. Ia harus difahami dengan penuh kesaksamaan. Fokus al-Qur`an cukup jelas dengan hukum wajib dan sunnah, haram da makruh, malah banyak pula ruang ”harus”, terutama makan dan minum, berpakaian dan bergaul. Apa yang halal terang dan ada yang haram terang. Untuk perkara yang meragukan, bagi mereka yang kerohaniannya tinggi di tinggalkan.
Al-Qur`an menekankan hidup berjemaah, bukan hidup individual. Daripada berumah tangga sampai kjepada beribadat dan melangkaui kehidupan berorganisasi, berekonomi kerana ia adalah sumber kekuatan. Bersatu teguh bercerai rubuh adalah kata-kata sakti yang disimpulkan daripada al-Qur`an. menkesahkan umat terdahulu menjadi hancur lebur dan tinggal pada amanya sahaja kerana perpecahan sesama sendiri.
Amat banyak iktibar yang patut diambil daripada al-Qur`an. Bangsa menjadi hancur kerana kezaliman dan perpecahan. Bangsa menjadi maju kerana ilmu dan perpadua. Al-Qur`an mengajarkan bagai harus dibudayakan cara hidup secara kolektif dalam semua urusan. Sembahyang berjemaah lebih baik dariapada sembahyang secara persaorangan. Orang berkahwin lebih baik daripada hidup membujang. Mematuhi undang-undang pemerintahan adalah wajib selagi tidak bercanggah dengan nilai-nilai syariah.
Al-Qur`an juga membudayakan melalui solat akan erti kepimpinan. Memimpin satu tanggung jawab, bukan satu perebutan. Pengikut wajib mengikut pepimpin. Pemimpin boleh ditegur tetapi ada adab dfan etikanya.
Budaya al-Qur`an mengajar hormat menghormati di antara satu sama lain. Masing-masing harus bersangka baik. Jika ada pertandingan digalak bersaing secara sihat. Puncak organisasi haru ada rundingan (musyawarah). Dalam masa yang sama ia membudayakan sikap mengutamakan orang lain daripada diri sendiri. Budaya kerjasama, bertoleransi, lengkap melengkapi bukan sahaja sesama seugama tetapi juga dengan pihak lain, justeru al-Qur`an menereima kepelbagaian.
Disamping semua usaha dilakukan, al-Qur`an mengajar budaya berdoa. Juga bersangka baik kepada Tuhan. Tidak seperti agama lain yang menyumpah dan menyeranah tuhan, al-Quran mengajar selalu ingatkaN Allah dengan nama-nama utamanya 99 nama itu. Malah bersangka baik dengan sesiapa sahaja. Hidup bukan mencari musuh tetapi mendapatkan sahabat seramai mungkin.
Jihad secara kekerasan ketika sudah terpaksa apabila diceroboh atau diserang. Jihad dalam keadaan biasa mengumpul kekuatan membangun diri dan masyarakat ke arah survival; politik, sosial dan ekonomi malah kebudayaan.
Al-Qur`an membudayakan hidup cemerlang. Sesungguhnya Allah mewajibkan kecemerlangan (ihsan) dalam semua perkara, hatta menyembelih seekor ayam atau lembu memerlukan pisayu yanmg tajam. Apalagi dalam ibadat tidak boleh melakukan hanya ala kadar, tetapi secara yang cemerlang, khusyuk, semoga membawa taqwa.
Segala potensi anggota nmasyarakat tidak harus disia-siakan. Oleh itu Rasulullah berpesan budayakan hidup gembira, rajin, pemurah, tidak terbeban hutang atau dikuasai orang lain.
Justeru hidup ini hanya sekali sahaja,al-Qur`an membudayakan hidup berhati-hati. Jangan mencampakkan diri dalam kebinasaan. Zaman muda waktu menanam dan apabila dewasa mengutip hasil. Jika duia tem[pat menanam, akhirat pula tempat menuai hasil. Manusia kadangkala mudah terlupa, apabila mati baru mereka terjaga. Al-Qur`an mengingatkan jangan terpedaya dengan keseronokan dunia, justeru akhirat juga pengakhirnya. Baik di balas baik dan jahat akan dibalas dengankejahatan jua. Dunia hanya jambatan ke sana. Akhirat nanti akan berakhir segala-galanya....Wallahua`lam.

No comments:
Post a Comment